Saturday, February 19, 2011

pendapat: integriti dalam dunia blogging

assalamualaikum....
kalau baca entri di atas ni, mesti semua tertanya-tanya apa motif yang saya cuba nak sampaikan untuk hari ini?

semua dah sedia maklum, integriti ini mesti ada dalam semua orang. tidak kira lelaki, perempuan, malahan yang tua dan muda.
dan integriti ini, saya mengambil makna dari wikipedia yang bermaksud sifat jati diri yang juga merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dan lain-lain lagi.

untuk hari ini,saya tidak mahu untuk mengupas integriti secara menyeluruh tetapi mengupas integriti dari sudut dunia blogging.
semua sudah maklum, isu "copy paste" dalam kalangan blogger ni sememangnya bagai duri dalam daging.

mengapa saya berkata begini?


pendapat saya, apabila kita "copy paste" idea orang lain dan buat itu adalah idea kita, ia akan menghilangkan keaslian idea itu sendiri... melainkan kita membuat backlink ke orang itu. dan meminta kebenaran untuk republish...adakah ia sesuatu yang berbeza?
blog adah satu medium untuk berkongsi pendapat...maka kalau berkongsi mestilah meminta kebenaran bukan?tidak pun, membuat backlink ke blog atau sumber yang dipercayai.
tidak perlu untuk menjadi duri dalam daging. semua ada cara untuk mengolah idea.

sepanjang pemerhatian saya, semua mengadu bahawa entri mereka di"cedok" secara bulat-bulat.

perlukah "mencedok" idea orang lain untuk kepuasan diri sendiri? bagaimana dengan perasaan si polan yang memerahkan idea semata-mata untuk kepuasan diri sendiri dan pembaca?
walaupun tidak pernah terkena batang hidung sendiri, tetapi, pesanan saya, tolong lah jangan membuat idea itu adalah idea anda tanpa men"credit" atau backlink ke tuan empunya blog. jangan disebabkan "sesi mencedok" ni, akan berlaku "sesi perang dunia entah keberapa" dalam dunia blogging ini. saya mengaku, saya bukanlah blogger otai tetapi nasihat ini dari hati saya sendiri. saya memang benci insan-insan yang suka "mencedok" idea orang lain..
mesti korang benci juga kan?

secara konklusnya, berblogging biarlah ada integriti. bukan setakat di luar kita berintegriti, malahan ketika kita berblogging pun perlu ada integriti juga. janganlah jadi si duri dalam daging. saya buat entri ini bukan untuk upkan trafik atau whatsoever. tetapi entri ini adalah untuk renungan semua. kita boleh mengikut jejak langkah orang yang berjaya dalam dunia blogging ini, tetapi janganlah sampai meniru bulat-bulat karya mereka. kita ada idea dan kreativiti sendiri....
dan jangan pula ada yang sampai masuk court disebabkan saman. sebabnya? meniru hasil orang lain. dan jangan ada yang bergaduh sesama sendiri disebabkan ini. please. happy blogging and be respect each other. thanks! peace!

pesananpenaja: ini adalah entri pendapat. anda boleh memberi pendapat dan kritikan. dan kritikan itu biarlah membina. kalau sesiapa nak republish, dipersilakan, tetapi biarlah ada backlink ke entri ini. terima kasih :)



Photobucket

1 comment:

Encik Blogger said...

setuju..setuju..setuju..setuju.. hehehe.. bagi la credit kn owner semenar betol x