Monday, November 16, 2009

fact about metrosexual

“EH, TAMPANNYA LELAKI ITU, EMM… GAYANYA MEMENUHI CITA RASA LELAKI IDAMAN. SEGAKNYA, PAKAIAN DAN GAYANYA MENAWAN HATI. RAMBUT PULA TERSISIR RAPI. KUKU… GIGI DAN PIPNYA BERSIH SAJA…SIAPAKAH LELAKI INI?”

Ayat begini pasti kerap bermain di bibir wanita setiap kali bertembung dengan lelaki yang sentiasa menjaga penampilan tidak kira di mana sahaja mereka berada. Penampilan sentiasa kemas dan bergaya. Siapakah mereka ini?

Sebenarnya golongan lelaki sebegini dikategorikan sebagai lelaki metroseksual. Secara luarnnya, lelaki metroseksual terdiri daripada mereka yang berada pada lingkungan usia muda, mempunyai gaya hidup urban (kota) yang tinggi, mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, pekerjaan yang bagus dan sentiasa kelihatan menarik. Namun,begitu lelaki metroseksual sering dikaitkan dengan lelaki Gay. Awas, ianya berbeza sama sekali dan jangan sesekali membuat tanggapan sebegitu sahaja. Sebenarnya, ‘lelaki metroseksual’ ini tidak banyak bezanya dengan lelaki-lelaki ‘bukan metrosekual’ yang lain. Cuma dari segi penampilan, ia lebih daripada lelaki biasa yang lain.


Lelaki metroseksual memiliki ciri-ciri tertentu yang dapat membezakan mereka dengan lelaki biasa. Kebanyakan lelaki urban (kota) ini tidak lagi mendapatkan khidmat tukang gunting rambut di tepi-tepi jalan, kerana mereka lebih gemar memilih juru gunting profesional untuk memotong rambut mereka.


Mereka sanggup berbelanja lebih demi gaya dan penampilan. Begitu juga dari segi kecantikan wajah. Jika kaum perempuan begitu teliti tentang pemilihan sabun pencuci muka, golongan metroseksual ini juga sama. Mereka tidak akan sekali-kali mencuci muka mereka dengan sabun badan! Kini mereka lebih suka menghabiskan masa di spa dan salun kecantikan yang disediakan khas untuk lelaki dan menghabiskan masa berjam-jam lamanya. Mereka amat mementingkan kesihatan kulit dan sentiasa menjaga kecantikan mereka seperti kaum perempuan juga.

Beralih kepada soal berpakaian pula, mereka sukakan kekemasan dan gaya yang betul dan menarik perhatian. Walaupun nampak biasa, tetapi mereka amat teliti. Misalnya mereka akan cuba memadankan baju dan seluar serta kasut yang dipakai pada hari itu. Mereka tiada istilah ‘hentam saja, asalkan pakai’. Istilah itu tiada langsung dalam kamus hidup mereka. Seterusnya keadaan rumah pula, nampak tersusun,berkonsep dan menarik. Bagi mereka, kekemasan,tersusun, cantik dan bertema adalah kepuasan dalam menghias rumah. Barang yang bersepah, bertabur dan tidak berkonsep tidak akan dilakukan oleh lelaki metroseksual ini.


Pernahkah anda melihat seorang lelaki menampal topeng muka setiap kali ingin masuk tidur atau memakai losen untuk menjadikan kulit sihat dan lembut? Inilah ciri-ciri mereka yang mementingkan penampilan diri seperti wanita. Ada juga pendapat yang menyatakan lelaki metroseksual juga gemar melakukan aktiviti yang tidak menonjolkan maskuliniti contohnya membeli-belah dan memasak. Mereka juga mempunyai cita rasa yang tinggi dalam fesyen dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini.


Menurut saudara Afinn, “ lelaki metroseksual tidak semestinya lelaki lembut tetapi mereka hanya yang mengutamakan rupa paras fizikal, kecantikkan kulit,gaya rambut,stail pakaian,aksesori dan sebagainya”. “Tambahan pula, menjadi lelaki metroseksual bukanlah sesuatu yang memalukan namun semua kaum adam mempunyai hak untuk menjaga personaliti mereka sendiri tetapi ada batasnya.


Salah satu keutamaan lelaki metroseksual ialah mereka gemar memanjakan tubuh dengan melakukan aktiviti rawatan. Bukan kerana jiwanya seakan-akan ke arah keperempuanan, tetapi ia sukakan sesuatu yang nampak cantik,bersih dan kemas. Mereka juga mempunyai teman wanita cuma cita rasa mereka agak tinggi. Mereka ini mencari wanita yang pentingkan penampilan dan kecantikan sama sepertinya.


Begitu juga dengan rawatan yang dilakukan meliputi rawatan dari hujung hingga ke hujung kaki. Rawatan rambut, rawatan muka, badan, kuku dan gigi adalah antara rawatan yang sangat penting. Oleh itu, kaum wanita jangan terkejut sekiranya anda dihampiri oleh lelaki yang kemas, segak bergaya, moden dan menarik kerana memang mereka gemarkan penampilan sebegitu. Jangan tidak percaya kerana golongan ini memang disukai oleh wanita terutama wanita urban.

source from:http://pkukmweb.ukm.my/~monline/News%20photo/gayahidup-lelakimetroseksual.html

by: Saraswathi a/p Lachmanan


No comments: